Thursday, 20 October 2011

MINGGU KE 3- SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

Assalamualaikum semua,minggu ini saya dan pasangan saya membincangkan tajuk Learning Menagement Sistem (LMS).LMS ini ialah satu perisian yang biasanya digunakan di IPTA dalam proses pembelajaran.
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System(LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak berusaha dalam memajukan penggunaan aplikasi ini.
Pada tahun 2004,MAMPU telah merintis Learninig Management System (LMS) di bawah inisiatif Open Source Software (OSS).

KENAPA SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DIWUJUDKAN

Sistem ini diwujudkan bagi membantu dan melancarkan sistem pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan.Ianya membantu guru dan pensyarah menyebarkan  maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan.
Ini dapat memudahkan proses P & P antara pelajar dan guru.Ianya juga dapat membuka dimensi baru dalam pendekatan P  & P kerana ianya berupaya membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan ejen pencari.

DI MANA SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DILAKUKAN

Sistem ini bertujuan dijalankan di sekolah dan institusi-institusi pendidikan.Di sekolah,kebiasaannya sistem ini di praktikkan di makmal komputer.Sistem ini juga telah banyak diwujudkan dalam kursus dalam Perkhidmatan para guru yang mana ianya wajib diambil bagi membantu markah penilaian prestasi tahunan.

SIAPA YANG TERLIBAT DENGAN SPP?

Sistem ini melibatkan banyak pihak yang mana ianya diasaskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan MAMPU.MAMPU ditubuhkan hasil daripada Laporan "Development Administrative in Malaysia" oleh Prof. John D> Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam.Pihak lain yang terlibat dalam sistem ini adalah kalangan pensyarah dan guru yang memfokuskan pelajar sebagai objek sasarannya.

BAGAIMANA SISTEM SPP DIGUNAKAN?

Sistem Pengurusan Pembelajaran merupakan satu sistem aplikasi yang membolehkan bahan resos pembelajaran berasaskan web digunakan untuk melancarkan e-bahan,mengesan pencapaian murid, dan mengesan status penggunaan pengguna.Sistem ini adalah satu kaedah yang dapat memberi penerangan diluar pemikiran pelajar.Selain itu sistem ini juga secara tidak langsungnya membantu guru dan pelajar meningkatkan ilmu ICT.Untuk menggunakan perisian ini,kita juga hendaklah mendaftar terlebih dahulu.



No comments:

Post a Comment