Thursday, 20 October 2011

MINGGU KE 3- SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

Assalamualaikum semua,minggu ini saya dan pasangan saya membincangkan tajuk Learning Menagement Sistem (LMS).LMS ini ialah satu perisian yang biasanya digunakan di IPTA dalam proses pembelajaran.
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System(LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak berusaha dalam memajukan penggunaan aplikasi ini.
Pada tahun 2004,MAMPU telah merintis Learninig Management System (LMS) di bawah inisiatif Open Source Software (OSS).

KENAPA SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DIWUJUDKAN

Sistem ini diwujudkan bagi membantu dan melancarkan sistem pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan.Ianya membantu guru dan pensyarah menyebarkan  maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan.
Ini dapat memudahkan proses P & P antara pelajar dan guru.Ianya juga dapat membuka dimensi baru dalam pendekatan P  & P kerana ianya berupaya membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan ejen pencari.

DI MANA SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DILAKUKAN

Sistem ini bertujuan dijalankan di sekolah dan institusi-institusi pendidikan.Di sekolah,kebiasaannya sistem ini di praktikkan di makmal komputer.Sistem ini juga telah banyak diwujudkan dalam kursus dalam Perkhidmatan para guru yang mana ianya wajib diambil bagi membantu markah penilaian prestasi tahunan.

SIAPA YANG TERLIBAT DENGAN SPP?

Sistem ini melibatkan banyak pihak yang mana ianya diasaskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan MAMPU.MAMPU ditubuhkan hasil daripada Laporan "Development Administrative in Malaysia" oleh Prof. John D> Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam.Pihak lain yang terlibat dalam sistem ini adalah kalangan pensyarah dan guru yang memfokuskan pelajar sebagai objek sasarannya.

BAGAIMANA SISTEM SPP DIGUNAKAN?

Sistem Pengurusan Pembelajaran merupakan satu sistem aplikasi yang membolehkan bahan resos pembelajaran berasaskan web digunakan untuk melancarkan e-bahan,mengesan pencapaian murid, dan mengesan status penggunaan pengguna.Sistem ini adalah satu kaedah yang dapat memberi penerangan diluar pemikiran pelajar.Selain itu sistem ini juga secara tidak langsungnya membantu guru dan pelajar meningkatkan ilmu ICT.Untuk menggunakan perisian ini,kita juga hendaklah mendaftar terlebih dahulu.



Sunday, 9 October 2011

Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

KELAS PERTAMA-MINGGU 1 & 2

Assalamualaikum..

Komputer dalam pendidikan adalah satu subjek yang perlu di ambil oleh semua pelajar semester satu fakulti pendidikan di UKM.Ini berikutan kurikulum pendidikan sekarang banyak melibatkan komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran.Penyampaian melalui ICT telah banyak diterapkan dan telah memudahkan proses penyampaian maklumat kepada pelajar.


Pembuka bicara..

Pada kelas yang pertama,kami telah banyak mempelajari tentang ilmu perkomputeran.Pertamanya,kami telah mempelajari cara membuat akaun google dan akaun yahoo.Akaun ini dibuat bagi memudahkan proses penghantaran maklumat dan proses menerima maklumat dari rakan-rakan,penyelaras program dan cours coordinator.

Mendaftar akuan Google dan Yahoo 

Bagi membuat pendaftaran akaun ini,kita perlu membuka laman sesawang google dan klik pada "gmail".Setelah itu kita hendaklah klik pada "create an account" bagi memulakan proses pendaftaran.Arahan-arahan yang diberikan mestilah diikuti bagi melicinkan proses ini.
Untuk pendaftaran akaun yahoo pula,kita perlu membuka laman sesawang yahoo terlebih dahulu.Butang "sign up" perlu di klip bagi mengisi segala maklumat yang dikehendaki.Pendaftaran bagi akaun google dan akaun yahoo adalah hampir sama.Signuture perlu diisi bagi kedua-dua akaun tersebut.
Setelah itu,pelajar perlulah menghantar alamat email kepada course coordinator Dr Siti Fatimah Yassin dan penyelaras kursus.

Membuat akaun facebook

Kami telah mempelajari cara membuat akaun facebook yang rasmi.Untuk membuat akaun facebook,kita perlu mendaftar akaun yahoo atau google terlebih dahulu.Selepas itu,kita perlu mengisi maklumat diri seperti nama penuh,tarikh lahir,alamat email dan kata laluan yang dikehendaki.Username yang digunakan hendaklah sama dengan nama akaun google atau yahoo pelajar.
Selepas maklumat tersebut siap diisi,kita perlulah klip pada "sign up" untuk mengaktifkan akaun facebook.Setelah itu,pelajar perlu mencari kawan-kawan untuk dijadikan rakan facebook terutamanya Dr. Fatimah Binti Mohd Yassin sebagai course coordinator.

Mencipta akaun yahoo group

Kami juga perlu mencipta akaun group.Setelah yahoo group dicipta,kami perlu  menyertai yahoo group http://groups.yahoo.com/groups/ge1155-2011 .Ini memudahkan penyebaran maklumat dilakukan dan menerima arahan dari course coordinator.Ini yahoo group saya.http://groups.yahoo.com/group/khairulanwar/.
Untuk pengaktifan yahoo groups,kita perlulah memasuki laman sesawang yahoo dan klik pada menu yahoo gruops.Selepas itu kita bolehlah mendaftar yahoo groups.Setelah group ini diwujudkan,kita perlulah invite atau mengajak course coordinator,penyelaras program dan rakan-rakan.Ini memudahkan kerja-kerja penyebaran maklumat dan memudahkan penyesiaan "web portfolio"


Facebook Group

Pelajar juga perlu membuat facebook group.Dengan akaun facebook yang sedia ada,kita bolehlah membuat facebook group.Kami perli menggunakan nombor matrik dan kumpulan kami sebagai nama facebook tersebut.Pelajar juga perlu mengajak course coodinator,course lecture dan rakan-rakan untuk memasuki facebook group tersebut.

Pendaftaran Blog.

Dengan menggunakan akaun google yang telah dibuat,kami bolehlah membuat pendaftaran blog.Pendaftaran ini adalah hampir sama caranya dengan pendaftaran akaun google.Blog mempunyai banyak design dan kita boleh memilihnya mengikut citarasa tersendiri.Segala apa yang dipelajari dalam kursus ini perlulah dicatat dalam blog.Untuk pendaftaran blog,kita hendaklah klik www.blogger.com