Tuesday 10 January 2012

Minggu 14(tugasan 9) Database Openoffice base


DATABASE :


Tugasan terakhir kami ialah membuat database. Sebagai contoh,database yang selalu digunakan dalam Sistem Maklumat Murid di sekolah,pelajar perlu meletakkan password dan no id. Untuk tugasan ini ,kami menggunakn open office base..perisian open office database sama seperti microsoft access.

LANGKAH-LANGKAH :

[1] Mula-mula sekali,buka perisian OPEN OFFICE DATABASE.
[2] Kemudian,namakan DATABASE yang digunakan dengan tajuk “SISTEM MAKLUMAT PELAJAR”.
[3] Kemudian,buat jadual dan bahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
  • -BUTIRAN DIRI
  • -BUTIRAN KELUARGA
  • -BUTIRAN KURIKULUM
  • -BUTIRAN KOKURIKULUM
[4] Selepas itu,letakkan  NO-ID sebagai primary key.
***ulang langkah yang sama untuk butiran KELUARGA,KURIKULUM,KOKURIKULUM.
[5] Seterusnya,saya menentukan RELATIONSHIP untuk butiran tersebut.
[6] Selepas itu,saya menyediakan borang untuk mengisi DATA PELAJAR.
[7] Membuat QUERY ....dibuat berdasarkan jadual iaitu berkaitan dengan butiran-butiran PELAJAR,KELUARGA,KURIKULUM dan KOKURIKULUM.
[8] Seterusnya,saya menyediakan LAPORAN.
[9] Dan akhir sekali,saya memuat turun dalam GOOGLE DOC.


Spreadsheet (Minggu 13,tugasan 8a,8b)

Assalamualaikum....
Pada minggu ini,kami diajar cara menggunakan MICROSOFT EXCELL dan OPEN OFFICE SPREADSHEET.

SPREADSHEET :

-Dalam tugasan ini,kami dikehendaki membuat satu PERANCANGAN BELANJAWAN bagi tahun 2012.
-PERANCANGAN BELANJAWAN  ini dibuat bermula bulan JANUARI hingga bulan DISEMBER.
-Sebelum meneruskan tugasan,kami dikehendaki memuat turun OPEN OFFICESPREADSHEET terlebih dahulu dengan percuma melalui internet.
-Kegunaan OPEN OFFICE SPREADSHEET adalah hamper sama dengan MICROSOFT EXCELL.
-Penggunaanya adalah bertujuan memudahkan kerja yang melibatkan proses pengiraan.



LANGKAH :

[1] Mula-mula sekali,saya memenuhi label-label yang dikehendaki didalam cell yang disediakan.
[2] Selepas itu,saya mengisi data yang berkaitan dengan perbelanjaan.
[3] Seterusnya,saya memasukkan formula untuk membuat pengiraan perbelanjaan.



MICROSOFT OFFICE :

-Disediakan bersama MICROSOFT WINDOW yang lain
-Seterusnya,ia juga memudahkan pengiraan yang memerlukan proses pengiraan.
-Kali ini,kami dikehendaki membuat dan mengira GRED PELAJAR.
-Saya menggunakan MICROST EXCELL bagi memudahkan proses pengiraan.



LANGKAH-LANGKAH :

[1] Mula-mula sekali,masukkan DATA setiap cell mengikut keperluan.
[2] Selepas itu,saya mengisi NAMA PELAJAR dalam cell yang kedua.
[3] Seterusnya,saya mengisi MARKAH PELAJAR mengikut mata pelajaran.
[4] Menentukan FORMULA untuk mengira JUMLAH MARKAH PELAJAR.
[5] Seterusnya,saya membuat aplikasi beberapa formula iaitu :
      -AVERAGE
      -STANDARD DEVIATION
      -MINIMUM
      -MAKSIMUM
[6] Kemudian,buat KOTAK JADUAL GRED PELAJAR.
[7] Akhir sekali,buat GRAF.



Minggu 11 & 12, Tugasan 7a & 7b ( Creative Effective Multimedia Production)



Assalamualaikum salam sejahtera..

 Tugasan pada minggu ini adalah membuat Presentation melalui Open Office Impress dan Microsoft Office Powerpoint...Coretan kali ini,saya akan menghuraikan secara menyeluruh cara atau step-step yang telah dilakukan untuk melakukan kedua-dua Presentation yang salah satu darinya Tugasan 7b adalah memerlukan penyediaan animasi,Audacity,Windows Movie Maker,Sound dan sebagainya.



TUGASAN 7 A


Kami diberi tunjuk ajar bagaimana membuat perbentangan menggunakan impress berdasarkan tugasan 5. Impress terdapat di dalam open office org yang boleh dimuat turun secara percuma.Prosedur membuat presentation menggunakan impress :


  • pilih open office impress di dalam menu start
  • kemudian,klik next dan create


  • Cara penggunaan impress sama seperti microsoft powerpoint yang biasa digunakan.
  • background slide boleh dipilih dari master pages. Jika mahu letakkan background yang diambil dari internet, boleh terus copy paste gambar tersebut. 
  • pilih layout yang sesuai,masukkan isi-isi perlu di letakkan di dalam slide.
  • kita boleh memilih custom animation jika mahukan animation di dalam slide..
  • saya telah menggunakan fungsi hyperlink untuk menghubungkan antara 1 slide dengan yang lain.
  • klik document kemudian pilih slide mana yang perlu kita link kan. klik apply..di further setting tukar form kepada button kemudian klik ok dan close.



  • kita juga boleh view slide di impress ini dengan memilih normal,outline,notes,handout dan slide sorter. notes boleh digunakan jika kita mahu meletakkan nota yang boleh dibaca ketika membuat pembentangan.


TUGASAN 7 B
 Kami telah mepelajari cara-cara membuat presentation menggunakan online presentation berdasarkan assignment 1. Cara - cara membuat presentation menggunakan google online :
  • pergi ke www.google.com dan pilih more pada pilihan yang terdapat dibahagian atas,kemudian pilih document.
  • klik presentation pada butang create.
  • penggunaan presentation online sama seperti impress cuma backgroud perlu diambil di internet ataupun gambar yang telah sedia ada didalam folder komputer.
  • Keistimewaan menggunakan online presentation ialah presentation ini boleh di kongsi dengan orang lain menggunakan fungsi share.






Audacity:
-satu perisian untuk mengedit lagu dengan menukar tempo,pitch,speed dan sebagainya.


-untuk masukkan lagu yang hendak di edit klik file>open,pilih folder lagu tersebut.
-tukarkankan track stereo kepada mono,track>stereo track to mono 

-lagu tersebut boleh diedit di effect,kemudian pilih apa perubahan yang kita mahu lakukan pada lagu tersebut, tandakan dahulu bahagian track tersebut yang hendak diubah.


Movie Maker
-satu perisian microsoft yang perlu di download terlebih dahulu.
-tools yang ada kesemuanya mudah untuk difahami.jika mahu memasukkan gambar,klik add video and photos.jika mahu mengedit video yang dibuat klik pada animation andvisual effect.

week 9-10 assignment 6a & 6b

Assalamualaikum....untuk tugasan kali ini, kami ditugaskan untuk  membuat brochure dan booklet.Brochure biasanya digunakan untuk membuat tentatif program sesuatu majlis atau pengiklanan  manakala booklet pula dibuat untuk menghasilkan sebuah buku.Kami perlu membuat brochure menggunakan microsoft publisher. Banyak design yang telah tersedia dalam brochure,kita boleh memilih jenis design yang kita suka. Brochure ini boleh di edit seperti biasa seperti di dalam microsoft word.





Membuat booklet menggunakan microsoft word. Caranya :
  • pilih page layout dan klik page setup
  • pilih margin dan landscape
  • pada multiple page pilih bookfold
  • untuk sheet per booklet pilih 8 dan klik ok






Edit gambar:
1. Microsoft Paint
-ini adalah cara paling mudah, kebiasaannya Microsoft paint digunkan apabila kita mahu melukis atau menulis sendiri. Banyak 'tool' yang boleh digunakan untuk mewarna dan melukis.


2. Microsoft photoshop
-perisian ini menggunakan layer, clik file dan pilih open setiap kali hendak memasukkan gambar untuk di edit. Pelbagai tool boleh digunakan contohnya free select tool, crop dan sebagainya.Photoshope membolehkan 2 atau lebih gambar di letakkan diatas satu gambar latar dengan menggunakan fungsi cut and paste. Layer tersebut perlulah ditukar nama agar senang untuk di edit dengan klik nama layer tersebut, tukar nama layer tersebut dan klik enter.

3. GIMP
- perisian GIMP hampir sama dengan perisian di dalam photoshop iaitu penggunaan layer. Fungsinya sama dengan fungsi yang terdapat di dalam photoshop. Nama layer perlu ditukar...




Grafic image format:
  • jpeg
  • bmp
  • wmf
  • tiff
  • giff

RGB - red , green, blue (warna asas )
CYMK - cyan,yellow,magenta,black ( digunakan pada printer dan menghasilkan warna yang dikehendaki ketik mencetak)

week 7-8 Statistical Package for social Science (SPSS)

week 7-8 Statistical Package for social Science (SPSS)


Assalamualaikum...Untuk minggu ini saya mempelajari tentang spss iaitu satu program yang hampir sama dengan microsoft excel.Sistem ini adalah untuk saya adaptasikan kajian survey monkey yang telah dibuat.Saya boleh persembahkan hasil kajian dalam bentuk graf,carta dan banyak lagi.Perkara yang perlu dilakukan ialah :

1.coding a variable(mengekodkan pembolehubah)
2.declare the variable (mengesahkan pembolehubah)
3.data entry (masukkan data)
4.merge / import data ( gabungkan data)
5.data analysis (analisis data)


  • Cara memasukkan data di spss(PASW 18)

  1. klik variable view,akan keluar page seperti ini:
2.Berikan nombor id untuk setiap soalan.Contohnya, soalan 1 label dengan S1,soalan 2 dengan S2 dan seterusnya.

3.Masukkan soalan pada column label dan jawapan dalm column view.

4.Untuk column values,masukkan nilai contohnya 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan.Begitu juga untuk jawapan ya,tidak dan setuju,tidak setuju.

5.Selesai di variable view,klik pula di data view.

6.Berikan no id untuk semua responden.sebagai contoh responden pertama sebagai A1 ,responden kedua sebagai A2 dan seterusnya.

7.Rekodkan semua jawapan yang telah diberikan oleh responden.


CARA-CARA MEMBUAT GRAF UNTUK DEMOGRAFI DAN SOALAN: 
1.buka spss dan pilih Analyze,kemudian klik decriptive statistics
2. pilih frequency dan klik anak panah variable.
3.pilih chart(bar chart)
4.aplikasikan untuk semua demografi dan soalan.


Setelah itu,tulis laporan berkaitan  mini research dengan merujuk format  jurnal artikle menggunakan open office writer.Laporan yang dijalankan mestilah mempunyai:

  • Title=Tajuk assigment yang dijalankan.
  • Abstrak=Tujuan kajian dilakukan ataupun objektif kajian
  • Introduction=Pendahuluan yang berkaitan topik assigment
  • Literature review=Berdasarkan bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan kajian ini dan buat summary berkaitan tajuk tersebut.
  • Research Approach=Bagaimana kaedah kajian dijalankan
  • Finding=Ambil semua graf bar  dan data-data yang telah diperolehi dan analisis hasil tersebut.
  • Discussion=Kaitkan dengan hasil perbincangan yang telah dilakukan dengan rakan-rakan dan kaitkan dengan objektif kajian sama ada tercapai atau tidak
  • Conclusion=Rumuskan tentang hasil kajian yang diperoleh.


week 6 - Survey research

Untuk tugasan minggu ke enam kami di ajar cara-cara untuk membuat kajian selidik menggunakan survey monkey dan google document.Kami perlu menye diakan sepuluh soalan untuk diajukan oleh responden.Kami telah memasukkan link survey monkey yang telah siap ke dalam facebook untuk direspon.Melalui sistem survey monkey ini,kami dapat mengelakkan kesalahan mengira data kajian kami.Kami dilarang untuk membuat soalan yang sama dengan kumpulan lain.Antara guideline survey monkey ialah

http://help.surveymonkey.com/euf/assets/docs/pdf/UserManual.pdf?nolntercept/1
http://smonkey.surveymonkey.com/tutorials/Survey_Design/Survey_Design.html
- http://help.surveymonkey.com/app/answers/detail/a_id/29/~/guides-and-tutorials-on-using-surveymonkey



 Langkah langkah untuk membuat borang soal selidik ini adalah dengan membuka laman web www.surveymonkey.com 

  1. Setelah itu,sign up untuk mendaftar surveymonkey tersebut.
  2. Masukkan maklumat diri yang dikehendaki dan seterusnya tunggu arahan yang diberikan
  3. .Apabila sudah selesai, sign in untuk membuka laman tersebut dengan memasukkan user name dan kata laluan


  1. Setelah itu,tekan untuk survey membuat borang soal selidik ini





2.Pilih bidang pendidikan dan tekan multiple choice untuk memilih soalan yang mempunyai lebih banyak jawapan.






  1. Tulis soalan pada petak yang disediakan dan petak yang bawah untuk jawapan dan tekan save apabila selesai.
  2. Dan begitulah untuk soalan seterusnya cuma tekan add question  dan tulis.
  3. Apabila selesai semua tekan survey dan akan keluar link yang telah diberikan.



.
  1. Sign in dahulu dengan memasukkan password dan email
  2. Tekan create dan pilih Form dan Add item.
  3. selepas itu,tekan multilpe choice untuk memlih jawapan kepada soalan yang telah dibuat. 
  4. Tulis soalan yang telah dirancang untuk soalan kaji selidik di google document.
  5. Setelah selesai tekan save dan copy link,dan seperti biasa postkan link di facebook group untuk memudahkan rakan-rakan atau responden memberi apa-apa komen untuk membaiki kelemahan yang terjadi. 
  6. Link tersebut mestilah diletakkan dalam yahoo group ge1155-2011.Selepas itu,tekan pada link 
  7. .Pilih folder assigment 
  8. .Seterusnya add folder dan add link  dengan memasukkan nama dan no matrik .Tidak lupa juga masukkan juga nama dan nombor matrik pasangan di folder link tersebut
  9. . Akhir sekali, cetak borang survey yang telah disiapkan untuk diedarkan kepada rakan-rakan agar mereka dapat menjawab borang soal selidik yang telah kita jalankan dan seterusnya memberi komen-komen yang dapat membantu membaiki kelemahan yang ada.